Tuesday, 18 September 2012

JENIS SAKIT KEPALA DAN CIRI-CIRINYA


SAKIT KEPALA APA MAKNANYA???

Keradangan Sinus (SINUS)
•  Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks) 
•  Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat. 
•  Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar. 
•  Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba. 
•  Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas. 
•  Mempunyai sejarah ëdemam hayí (rhinitis alergik) dan alahan. Arteritis Temporal 
•  Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun 
•  Sakit yang berkaitan dengan bahagaian kepala dan pelipis yang sensitive (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang. 
•  Penglihatan terganggu 
•  Sakit-sakit pada seluruh badan. 
•  Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejapsekejap. 
•  Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang 
•  Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasa perubatan - pesakit perlu dirawat di hospital dengan segera. 

Sakit Kepala Bertumpu (CLUSTER)
•  Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal 
lebih biasa berlaku di kalangan wanita. 
•  Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama. 
•  Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. 
•  Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam. 
•  Sakir yang menyebabkan seseorang terbangun dariapda tidir dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan. 
•  Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair. 

Sakit kepala disebabkan ketegangan (TENSION). 
•  Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja. 
•  Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah. 
•  Menyerang pada bila-bila masa. 
•  Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam. 

Sakit Kepala Migrain (MIGRAINE)
•  Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas. 
•  Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala. 
•  Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jaM atau lebih lama. 
•  Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau 
dua hari. 
•  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid. 
•  Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine 


SUMBER: RISALAH KESIHATAN UNIMAP 





No comments:

Post a Comment